Tuesday, October 26, 2010

12 Barisan di Akhirat Kelak...

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-


Barisan Pertama Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki

Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Kedua Diiring dari kubur berbentuk babi hutan

Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Ketiga Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking

"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Keempat Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka

"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka...


Barisan Kelima Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar

"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Keenam Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan

"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Ketujuh Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah

"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Kelapan Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas

"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Kesembilan Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh

"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Kesepuluh Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Kesebelas Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran

"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Kedua Belas Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama

Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam. 

10 sifat calon suami yang baik...

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Thursday, October 21, 2010

punching bag...

aku tak paham...
bile sang adam sedang bergembira,bersuka ria
sang hawa ini seolah-olah dilupakan..ditinggalkan...

tetapi..
bile sang adam mempunyai masalah..terutama nye masalah cinta,hati dan perasaan..
sang hawa ini lah menjadi 'kaunter aduan'..hehe
sang hawa ini lah menjadi teman bicara..teman luahan hati..
dan pada masa yang sama..
sang hawa ini lah yang akan memberi yang terbaik kepada sang adam yang berkenaan..
setiap kali..sentiasa...

aku tak paham...
bile sang adam memerlukan sang hawa ni..
sang adam akan bercakap lembut..dan sgt mengambil berat...
tetapi..bile tak diperlukan..
hati kecil sang hawa nie terguris bile cara dan nada bile sang adam bercakap berbunyi sedikit kasar...

aku tak paham...
kenapa nasib sang hawa ni begini...
sang adam ingat sang hawa ni punching bag ke..???
datang dan pergi sesuka hati...
haishhh...

"aku tau..aku sedang mengeluh..sedangkan aku tau..tak baik mengeluh walau dalam apa jua keadaan pun..namun aku hanya manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan di mana ia agak rapuh pada masa2 tertentu..tapi apakan daya...aku tau..setiap kejadian ade hikmah nye..ade kebaikan nye..tetapi ade masa nye aku dikaburi oleh perasaan yang tak menentu..."


Wednesday, November 18, 2009

tabah

ujian demi ujian yang diturunkan utk ku oleh Allah swt membuat kan ku menjadi seorang yang lebih tabah dan kuat hari demi hari utk menempuhi kehidupan ku seterusnya....apa yang aku lalui...hanya Dia saja yang tahu...sesungguhnya..Dia Maha Mengetahui...

kebenaran nya...

setelah beberapa hari kemudian..baru aku diberitahu akan kebenaran nya...

pada hari yang sama tragedi itu berlaku...ibu nya membuat panggilan..berbicara sesuatu yang serius...rupa2 nya..selama ini..ibu nya sudah ada calon utk dirinya..dia tahu akan perkara itu tetapi tidah tahu ibu nya amat serius tentang itu...selama dia bersamaku..dia cuba utk berjuang..bukan dia tak cuba..bukan niat dia nak mempermainkan aku...tetapi..dia tewas dengan permintaan ibu nya ini...selama ni..sudah byk permintaan ibu nya di kecewakan oleh nya..bila ia melibatkan hal seperti ini..dia tidak mampu...melihat akan sifat nya juga..dia seseorang yang amat pentingkan keluarganya terutama ibu nya..kerna ibu nya adalah ibu dan ayah dalam keluarganya...tambahan pula..dia anak bongsu....

selepas mengetahui kebenaran ini..akan berasa sedikit lega...hatinya tidak kesampaian utk memberitahu aku keadaan sebenar kerana aku terlalu sakit sejak berlakunya tragedi itu...

jadi..apa yang berlaku..ada hikmah di sebalik nya...aku redha akan ujianMu Ya Allah!!aku hanya mampu berdoa yang terbaik utk diri ku...

tragedi 8 November 2009...

di sini..aku ingin bercerita tentang sebuah tragedi yg telah terjadi pada 8 November 2009...tarikh keramat tu juga adalah hari ulang tahun kelahiran ku yang ke 24...dan hari tu juga lah..bgku..berakhirlah segala nya...

aku bangun dengan rasa penuh bersyukur kerna di beri peluang oleh Allah swt utk hidup sampai umurku 24 tahun...pada pagi itu..aku bangun awal dan bersiap2 utk keluar bersama yang tersayang...aku drive dr rumah ku ke salak tinggi utk menjemput kekasih hati...kami sepatutnya berjumpa di mana2 station komuter di KL kerana dia akan menaiki komuter dr nilai sampai KL tp masing2 takut ia akan mengambil masa yang lama..jd kami akan membazir masa2 yang berharga pada hari itu sebab masing2 perlu pulang awal..semasa aku tiba di rumah nya..dia masih belum bangun...tapi aku tak kejutkan dia sebab aku tahu die kepenatan kerana bekerja pada malam sebelum nya hingga lewat malam...aku biarkan saja..sementara itu..borak2 ngan kakak n makcik dia kebetulan mereka di sini atas sesuatu urusan...

sebaik sahaja die siap..kami bersedia utk melangkah kluar..memasuki kereta ku dan memulakan perjalanan kami pada hari bahagiaku...kami memulakan perjalanan dengan dia yg memandu..masa tu..kami blum membuat keputusan ke mana kami akan pergi...kami singgah di shell berhampiran salak..dia isi minyak keretaku penuh..lebih lagi sampai calim balik rm5 kat cashier..hehe..itulah hadiah hari jadi ku katanya..hehe..lepas tu kami ke jalan menghala putrajaya...pada masa yang sama...dia memutuskan agar kami akan ke the mines shopping centre...tujuan utama pada hari tu adalah utk meluangkan masa bersama dan pada masa yang sama..dia nak beli phone baru and nombor baru..maxis..sebab kasihankan aku call n msg dia mahal sebab nombor yang sedia ada ialah celcom...dalam perjalanan..aku di marahi kerana membangkitkan sesuatu...biasa la tuh...antara perkara yang aku masih ingat..aku bertannya pada nya..mengapa aku rasa jauh dengan nya sejak kebelakangan itu...

setelah selamat tiba di the mines..lepas parking kete..kami berjalan seperti biasa...pusing2 survey phone..main game..(photo hunt)..hehe..makan kat mcd...sebelum makan..dia memutuskan utk membeli phone..dia memang suka phone tu...kasihan pada nya...setelah penat lelah bekerja mencari duit..duit dilaburkan beli phone cam tu je..masih aku ingat kata2 nya yang mengasihani aku sebab call n msg mahal..ermm..pas makan...kami pusing2 lagi utk membeli nombor maxis...setelah puas hati..nombor phone di beli...aku beli utk dia...at least..ade jugak la ingatan...

tiba2..aku dapat panggilan dari bonda...dia memarahi aku...seperti biasa..seperti setiap kali aku kluar bersama rakan2 aku apatah lagi keluar bersama orang yg tidak dikenali nya...sebenarnya..sebelum aku langkah kluar dr rumah lagi bonda telah menunjuk kan marah nya..aku tak faham mengapa dia harus bertindak begitu..sedangkan aku sudah memberitahunya beberapa hari sebelum itu...selepas talian diputuskan..aku tidak dapat menahan kesedihan dan kekecewaan ku lalu aku pergi ke satu sudut utk menenangkan diri..selepas aku rasa sedikit lega..aku kembali pada nya...ingatkan aku akan ok..rupa nya aku menjadi makin sebak..lalu aku mengajak dia utk pergi ke tempat lain...seolah2 dia memahami...dia mengajak aku kembali ke kereta...semasa kami berjalan ke arah kereta...hati aku menjerit2 dan perit rasa nya menahan air mata..bila sampai je di kereta..aku keluarkan semua nya...aku juga menceritakan pada nya mengapa tiba2 aku jd begitu...

dia tidak tahu utk berkata apa...lalu membuat keputusan utk putus denganku...Tuhan saja yang tahu apa aku rasa pada saat itu...alasan nya..dia tak sanggup lihat aku begitu..tak mahu aku bertengkar dengan bonda..mengingkari kata2 bonda...selepas beberapa ketika..die memutuskan utk ke putrajaya utk berbicara perkara ini...dalam byk2 hari..mengapa dia memutuskan cinta kami pada hari bahagia aku..??sakit!perit!sedih!segala2 nya..hanya Tuhan saja yang tahu...dalam perjalanan kami ke putrajaya....aku terima panggilan dari bonda sekali lagi...kali nie..bonda meminta utk berckp dengan dia...aku kenal sgt bonda ku..bila die sedang marah...aku tahu apa die mampu buat..apa yang die mampu utk berkata2...keadaan menjadi lagi tegang selepas itu..dia dimarahi..dan dihina...dan berkeras bahawa aku dengan dia tak boley bersama lagi...aku tidak boleh utk berbuat apa...aku tak berdaya..sudah ku merayu beribu kali...namun dia tetap dengan keputusan nya...aku tidah pernah merayu sebegitu pada seseorg seumur hidup ku...bayangkan...

namun aku pasrah...aku menghantar nya pulang dan memulakan perjalanan pulang dengan hati yang remuk dan berkecai...aku tiada daya...

saat terakhir...

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta

ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

di nantiku